Wednesday, May 25, 2016

Malam

Dulu kalau time macam ni, semua dah masuk tido. Mak abah dan aku tido kat bilik berasingan. Macam biasa sebagai anak bongsu yang jarak umur dengan kak yang di atas agak jauh dalam 8 tahun. Semestinya aku sorang last sekali yang tinggal di rumah dengan mak abah. Sampai habis spm aku duduk bawah ketiak mak abah. Tak pernah pun duduk asrama macam kakak abang yang lain. So manja tu faham faham lah. Bila time macam ni, kena tido sorang sorang tu yang lemah tu. Hahaha. Macam macam skill aku ada supaya membolehkan aku tido dalam bilik mak abah tapi kat bawah la. Hehehe. Skill paling power ialah dengan tampaq nyamuk kat lengan kuat kuat. Hee. Bila sunyi sepi semua dah tido. Pap pap pap. Bunyi agak kuat jugak la. Tak lama lepas tu dengaq suara garau abah. Pasaipa tu? Aku pun jawab. Nyamukkk. Hehehe. Tampaq lagi pap pap pap. Sampai dengaq pulak suara mak, mai tidoq sini. Cantik! Angkut selimut bantal semua. So boleh dah tidoq lena. Tu cerita masa kecik kecik lagi la. Masa sekolah rendah. La ni dah jadi laki orang dah, and la ni ganti tidoq kat tempat abah. Yes. Tempat sekarang aku baring ni. Allah saja yang tau aku rindu abah macam mana. Al-Fatihah. 

Wednesday, July 22, 2015

Demam

Rasa macam dah 3 hari demam ni. Ubat makan je ikut jadual. Tak macam dulu, ubat mak bagi suruh makan pi buang belakang kabinet. Perangai nak sama ja dengan kak yang. Penakut makan ubat. Hahaha. Pagi tadi kena tegur dengan kak yang,awat hang tak makan ubat lagi tu. Rilek la dia kena ambik mood dulu baru boleh makan. Haha. Dasar penakut. Bukan lah takut, pengalaman paling ngeri adalah bila panadol tersangkut kat tekak and dalam masa yg sama air kau dah telan habis semua. Hahaha. Pahit ngok! Dulu kecik kecik nak makan ubat punya pasal siap kena baring kat riba mak pastu kena kapit dengan peha. Memang tak leh gerak dah la. Pastu panadol tumbuk bagi hancur, campur dengan susu pekat manis. Letak dalam sudu nahh makan. Hahaha. Dulu punya cerita la. Payah sungguh nak makan ubat.

Sungguh pun bukan ubat yang memberi kesan untuk baik dari demam, sekurang kurangnya makan ubat itu dilihat sebagai ikhtiar dan usaha. Makam kita sebagai manusia biasa ni perlu kepada usaha dan ikhtiar, tak boleh nak berserah dan bertawakal saja pada Allah. Mudah mudahan dengan usaha yang kita buat, Allah akan balas dengan kebaikan. Kerna tiap tiap suatu perkara itu, Allah SWT yang memberi kesan terhadapnya dengan izinNYA.

Wallahualam.

Thursday, July 31, 2014

Memori 16

30 Julai kembali. Segala kenangan tertumpu kepada arwah abah. Genap dua tahun abah pergi mengadap Illahi. Semoga abah ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga abah mendapat rahmat dan lindungan dari Allah SWT. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. 
Al-Fatihah. 

Friday, May 30, 2014

Memori 15

Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk bernafas di hari Jumaat penuh barakah ini. FYP pun dah setel tinggal nak hantar thesis je. Dah boleh dikira separuh dari kemerdekaan sebenar. Nak merdeka betul betul tunggu lepas habis final exam la kan. Cuma bila dah habis FYP ni rasa lapang sikit dari kekangan kerja yang banyak. 

Makin dekat nak habis belajar kat Melaka ni, makin aku rindu dekat arwah abah. Bukan time nak habis belajar je, waktu lain pun rindu jugak. Cuma kali ni dia rasa lain macam sikit. Kenangan yang ada berpusing pusing dalam kepala ni. Paling sayu bila tengok gambar aku dengan mak abah masa hantar aku daftar kat UTeM ni. Tup tup dah 4 tahun kat sini. Sekejap ja aku rasa. Hmmm

Kadang kadang bila kenangan tu datang, aku saja melayan. Aku layangkan fikiran ke waktu yang dulu dulu. Masa tu masih lagi di rumah. Yela aku ni dari lahir sampai umur 19 tahun aku duduk rumah. Hahaha. Sekolah dekat dengan rumah, boleh kata 19 tahun la duduk bawah ketiak mak abah. 

Teringat dulu dulu, memang pesen sapa sapa nak keluar rumah kena bagitau abah. Walau nak ke kedai sekalipun. Abah memang tegas. Memang dalam rumah tu semua orang dah faham abah punya stail. Hehe. Tapi disebalik tegas tu ada hikmah dia kan. Kalau nak keluar main bola? Kena tunggu jam kat ruang tamu tu berbunyi tepat pukul 6. Abah, adik nak pi main bola sat na. Solat dah? Dah. Kalau abah diam tu, faham faham la. Boleh la tu. Hehe. Kalau suara abah lain macam sikit bila tanya tu, ha tak payah banyak songeh la kan, sendiri faham duduk rumah. 

Lepastu kalau nak kemana mana, time tu pulak abah tengah lelap berehat. Memang kena tunggu la abah bangun baru pegi mintak nak keluar. Try la kacau abah berehat. Hehe. Melainkan kalau ada kecemasan ke kan, boleh la pegi mintak slow slow kejutkan abah. Rindu kan?

Al-Fatihah

Sunday, April 27, 2014

Memori 14

Alhamdulillah hari ni segar sikit dari demam semalam. Entah la demam apa sehari ja. Demam sakit sendi habis semua. Tersadai ja kat tilam sehari semalam. Bangun solat pastu tidoq balik, makan pun tak selera. Hehe. Syukur Ya Allah. 

Tengah baring baring tu teringat la memori masa dulu dulu, masa sekolah rendah dulu. Cerita pasal tidur la ni. Dulu dari kecik tidur mesti berteman, dari kak yang belum masuk matrik, mesti tidur dengan kak yang. Lepas kak yang masuk matrik, tinggal kak ngah dengan aku ja kat umah. Jadi tidur dengan kak ngah. Masa tu cik dah kat usm, along pulak dah kerja kalau tak silap aku. Lepas kak ngah kawen, tinggal aku sesorang kat umah dengan mak abah. nak tidur dengan sapa? Haha. dengan mak abah memang abah tak bagi dah, abah suruh belajar tidur asing. Kesian kan. Haha. 

Start la tidur sorang. Tidur pun dengan pasang lampu. Wajib! Haha. Tapi tetap tak boleh lena. Hmmm. Ada ja bunyi yang aku dengar kat luar tingkap. Jadi kena fikir nak tarik perhatian mak ngan abah. Buat buat tampar nyamuk, pap pap pap! Masuk kali ke empat nampak abah dah sampai kat pintu, abah tanya pasaipa? Aku jawab nyamuk banyak. Hehe. Dengan harapan abah ajak tido kat bilik abah. Tapi abah berlalu pergi. Aku hampaaaa. Haha. Tampaq nyamuk lagi dan lagi. Sampai mak yang datang, tak cakap banyak mak cakap mai tidoq sana. Yeehaa! Haha. Aku pun tido bawah lapik dengan toto, mak abah kat atas katil sana. Tidoq bawah pun bawah la janji tidoq lena. Zzzzzz. 

Bila dah lama lama, ada la satu cara tak nak dengar benda benda pelik kat luar bilik masa tidur, pasang kipas kuat kuat. Haha. Biar dengar bunyi kipas ja. Tapi abah tegur cakap tak elok tidur berkipas, nanti senang dapat penyakit. Hehe. Abah tutup, aku bukak balik bila abah tadak. Kalau tak bukak tak lena tidur nanti. Huhu. Rindu abah. :') 

Al-Fatihah