Friday, May 30, 2014

Memori 15

Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk bernafas di hari Jumaat penuh barakah ini. FYP pun dah setel tinggal nak hantar thesis je. Dah boleh dikira separuh dari kemerdekaan sebenar. Nak merdeka betul betul tunggu lepas habis final exam la kan. Cuma bila dah habis FYP ni rasa lapang sikit dari kekangan kerja yang banyak. 

Makin dekat nak habis belajar kat Melaka ni, makin aku rindu dekat arwah abah. Bukan time nak habis belajar je, waktu lain pun rindu jugak. Cuma kali ni dia rasa lain macam sikit. Kenangan yang ada berpusing pusing dalam kepala ni. Paling sayu bila tengok gambar aku dengan mak abah masa hantar aku daftar kat UTeM ni. Tup tup dah 4 tahun kat sini. Sekejap ja aku rasa. Hmmm

Kadang kadang bila kenangan tu datang, aku saja melayan. Aku layangkan fikiran ke waktu yang dulu dulu. Masa tu masih lagi di rumah. Yela aku ni dari lahir sampai umur 19 tahun aku duduk rumah. Hahaha. Sekolah dekat dengan rumah, boleh kata 19 tahun la duduk bawah ketiak mak abah. 

Teringat dulu dulu, memang pesen sapa sapa nak keluar rumah kena bagitau abah. Walau nak ke kedai sekalipun. Abah memang tegas. Memang dalam rumah tu semua orang dah faham abah punya stail. Hehe. Tapi disebalik tegas tu ada hikmah dia kan. Kalau nak keluar main bola? Kena tunggu jam kat ruang tamu tu berbunyi tepat pukul 6. Abah, adik nak pi main bola sat na. Solat dah? Dah. Kalau abah diam tu, faham faham la. Boleh la tu. Hehe. Kalau suara abah lain macam sikit bila tanya tu, ha tak payah banyak songeh la kan, sendiri faham duduk rumah. 

Lepastu kalau nak kemana mana, time tu pulak abah tengah lelap berehat. Memang kena tunggu la abah bangun baru pegi mintak nak keluar. Try la kacau abah berehat. Hehe. Melainkan kalau ada kecemasan ke kan, boleh la pegi mintak slow slow kejutkan abah. Rindu kan?

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment