Thursday, March 6, 2014

Jangan Marah, Maafkan Orang Lain.

Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian berkenaan dengan sifat marah dalam diri manusia. Orang yang kuat adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah malah mampu memaafkan orang lain. Bukan mudah untuk memaafkan walaupun marah itu mampu ditahan. 

Perkara atau masalah yang kecil, jangan diperbesarkan. Ubati luka yang kecil dengan kesesuaian. Jangan berlebihan. Begitu juga dengan masalah. Yang kecil jangan sesekali diperbesarkan. Tidak boleh berdamai jika masalah itu sentiasa diperbesarkan. 

Memaafkan orang lain bermaksud membuang rasa marah dari dalam diri. Malah Allah SWT suka pada orang yang berbuat ihsan. Begitulah bagaimana Allah mengajar kita memelihara hawa nafsu. 

Selanjutnya mari luangkan masa sebentar dengan sedutan video di bawah. Semoga mendapat manfaat darinya. InsyaAllah



Kredit : Cocombee

Friday, February 21, 2014

Saya Belum Cukup Baik

Assalamualaikum

Sedikit perkongsian berkenaan dengan masalah dalam kita mengajak atau menyeru orang lain berbuat baik. Situasi di mana Orang yang diseru supaya tidak berbuat mungkar sedangkan orang yang menyeru itu sendiri berbuat mungkar. Maka orang yang diseru tidak berbuat mungkar itu tiada hak untuk mengatakan "Kau suruh aku tinggalkan kemungkaran, tapi kamu sendiri berbuat mungkar". 

Ingatlah, tanggungjawab orang yang berbuat mungkar itu adalah tanggungjawab dia terhadap Allah SWT dan bukan kepada anda. Jadi jangan pertikaikan apa yang disampaikan dari dia kepada kita. Mungkin ada kebaikan yang Allah ingin sampaikan kepada kita melalui orang yang sedemikian rupa. 

Adakah dengan alasan kita belum cukup baik membuatkan kita tidak perlu mengajak atau menyeru orang lain berbuat baik? Tidak sama sekali. Wajib kita mengajak orang berbuat baik sambil kita sendiri memperbaiki diri kita sendiri. Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. Kalau kita tidak mampu memperbaiki diri sendiri, jangan sampai kita tinggalkan kemampuan kita untuk mengajak orang lain berbuat baik. Justeru kita mengajak orang lain berbuat baik akan menjadi motivasi pada diri kita untuk memperbaiki diri kita. InsyaAllah. 

Selanjutnya mari luangkan masa sebentar dengan sedutan video di bawah. Semoga mendapat manfaat darinya. InsyaAllah


Kredit : Cocombee

Tuesday, February 18, 2014

Hikmah Bersabar

Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian berkenaan dengan hikmah orang yang menghadapi masalah. Nabi Muhammad SAW mengajar kita apabila kita menghadapi sesuatu masalah atau musibah, janganlah dilihat kepada masalah tersebut sahaja, lihatlah kepada kebaikan disebalik masalah yang kita hadapi. 

Apabila Allah uji kita dengan kesusahan, sesungguhnya ada kesenangan yang disimpan oleh Allah disebalik kesusahan itu. ini sesuatu yang perlu kita yakin dengan sepenuh hati kita. 

Kalau yang kita nak cari itu besar, pengorbanan yang kita korbankan itu kita kena anggap kecil. Bermakna kita tidak berkira dalam melakukan pengorbanan. 

Jika kita tahu apa kebaikan yang Allah simpan disebalik masalah yang kita hadapi, pasti kita sanggup bersusah sepanjang kita di dunia kerana kita tahu di sana ada yang lagi besar yang Allah simpan. Orang yang bijak pasti menghargai pemberian yang besar berbanding pemberian yang kecil. Betapa pentingnya sifat REDHA. Bersangka baiklah kita kepada Allah SWT.

Selanjutnya mari luangkan masa sebentar dengan sedutan video di bawah. Semoga mendapat manfaat darinya. InsyaAllah







Sunday, February 16, 2014

Didiklah Dengan Kelembutan

Assalamualaikum
Sedikit perkongsian berkenaan kaedah dalam kita mendidik. Tak kira lah mendidik anak murid, mendidik anak anak, mendidik keluarga mahupun mendidik diri sendiri untuk berbuat baik.

Kita tidak boleh melihat kepada kesalahan orang lain dengan memandang rendah kepada orang tersebut. Kalau orang lain berbuat kesalahan tambah dimaki atau dikeji lagi orang tersebut melakukan kesalahan tersebut. 

Tidak dipergunakan kelembutan kepada kekasaran kecuali kelembutan pasti menang. Dan berbeza dengan kekasaran yang mana apabila digunakan kekasaran pada sesuatu pasti mendatangkan kemudaratan. 

Lembut apabila digunakan pasti berkesan, paling kurang pun ia tidak mendatangkan mudarat. Tetapi kekasaran kalau digunakan walau untuk kebaikan pasti akan mendatangkan kemudaratan. Bersesuaian dengan kaedah yang digunakan Rasulullah SAW dalam mendidik caranya lemah lembut. 

Selanjutnya mari luangkan masa sebentar dengan sedutan video di bawah. Semoga mendapat manfaat darinya. InsyaAllah


Kredit : Cocombee

Friday, February 14, 2014

Aib Manusia

Assalamualaikum. 
Sedikit perkongsian berkenaan dengan aib. aib kita dan aib orang lain.masing masing ada tanggungjawab sendiri.

Allah SWT kurniakan dua biji mata untuk kita. satunya untuk melihat kebaikan orang lain,kebajikan orang lain.dan satunya lagi untuk melihat aib diri sendiri, kekurangan diri sendiri dan kelemahan diri sendiri.

Orang yang sentiasa sibuk melihat aib orang lain itusebenarnya orang yang langsung tiada masa untuk melihat aib dirinya sendiri. dan bila tiada masa untuk melihat aib atau kekurangan diri sendiri, maka tiada masa juga untuk perbetulkannya.

Selanjutnya mari luangkan masa sebentar dengan sedutan video di bawah. Semoga mendapat manfaat darinya. InsyaAllah



Kredit : Cocombee