Tuesday, June 25, 2013

lelaki bergelar ABAH

Sekadar kongsi cerita.

Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorang pakcik berdiri.
Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yangg tolong.
Hari ini cuti public cik..
Duit untuk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.
Duit dmasukkan untuk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yang sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.
Pakcik ada duit lain?
Tak ada nak.
Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.
Hati mula tersentuh.
Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega terlihat di riak wajahnya.
Berlalu tapi perlahan..
Ingin kutahu dia naik apa..
Motor.
Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.
RM400 utk 2orang anak.
Sikit utk dirinya memadai..
Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan rahmat untuk ABAH yg selalu saya sanjungi.
Moga ALLAH memberi balasan yang baik kepada ABAH.
Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita..

#copypaste

No comments:

Post a Comment