Wednesday, May 29, 2013

Memori.3

kringgggg. kedengaran loceng sekolah berbunyi menandakan waktu untuk pulang ke rumah memasing. hari ni hari Jumaat. tengok jam tangan dah pukul 12.15pm. aku pun pantas mencapai basikal lerun bewarna biru hadiah dari abah sejak aku dapat bersekolah di sekolah yang dekat dengan rumah ni. ajakan kawan kawan untuk berborak lepak semua aku ketepikan. aku tau abah sedang menunggu aku di rumah. sampai di pintu pagar rumah, kelihatan abah sudah siap berbaju melayu sedang menunggu aku pulang sambil tangan memegang tasbih. sedang berselawat aku kira. aku beri salam dan masuk ke rumah. abah pesan, balik solat nanti la makan dengan abah sekali. aku pun ikutkan saja. bersiap sekadar perlu, abah pula dah hidupkan enjin motor. aku pun naik dibelakang, memeluk erat abah menuju ke masjid. abah sangat wangi dengan minyak attar kegemarannya. begitulah rutin aku.

kini itu semua tinggal kenangan. Al-Fatihah buat abah tercinta.