Saturday, May 18, 2013

Memori.1

lihinnn! lihinnn! lihinnn! kedengaran suara Abdul Rahim dan Syahrilrul Azree memanggil di luar pagar. mereka ni sahabat aku dari sebelum tadika sampai la sekarang ni. lama kan? bila kedengaran suara mereka memanggil, aku pandang muka abah, abah pandang muka aku. tapi dari riak muka abah nyata menyuruh aku abaikan mereka. lantas aku sambung rutin harian aku selepas waktu asar. tapi bebudak ni memanggil lagi. abah bingkas bangun, menjenguk ke luar tingkap bilik yang memang mengadap ke pintu pagar. "Soleh tengah mengaji. dia keluaq main pukul 6. satgi mai lain na." kata abah pada bebudak tu. mereka pun berlalu. abah duduk kembali di depan aku. mendengar bacaan yang keluar dari mulut ni. aku senang begitu. rutin harian aku diatur abah. Al-Fatihah buat abah tercinta.

No comments:

Post a Comment