Monday, September 17, 2012

Dulu Dan Kini Sama Sahaja


Assalamualaikum dan selamat petang. 
memanggil mana mana stesen yang sedang monitor di frekuensi, 
disini 9W2SMW memanggil dan monitor over! 
Kahkahkah. 
cerita dia macam ni la kan. sebenarnya rindu nak berborak dengan bahasa baku sebegitu rupa. 
sebab boleh gelak dengan sendiri tanpa dipaksa. Haha. 
tapi tu la. nak join Melaka punya rasa macam segan pun ada. 
dah bila balik kampung lak sibuk buat itu ini dah tak sempat nak ber 'eye ball' dengan rakan rakan ham. Herm. jadi simpan je la niat tu dulu walaupun ada lesen dan tamat tempoh nuuuuuu 2016.
 Kahkahkah! sempat la aku abes study sebelum nak aktif balik kan.

berbalik kepada tajuk entry ni ha. dulu dan kini sama sahaja. 
baca betul betul. takut tersilap baca dulu kini dan selamanya pulak. lain tu. lain. jauh beza. ekeke.
 dulu dan kini sama sahaja tu merujuk kepada perangai aku iaitu suka memunggah. 
dalam kata lain suka 'peghosek barang'. 
dan mangsanya adalah barang barang abah. :) hehe. 

dari kecik lagi dah memang ada habit macam ni. 
sebab aku rasa barang barang abah tu semua best! hehe. 
masa abah ada dulu, peluang yg ada untuk 'peghosek barang' time abah keluar g masjid ke, 
g kedai ke, atau mana mana je la. 
bila dengar abah balik kelam kabut kemas balik. ekekeke. 
bukan usik ape pun. kadang kadang tengok album gambar dulu dulu, 
tengok sijil sijil abah, tengok barang barang abah. 
banyak woi! haha. tak habes satu hari tau nak 'peghosek'. 
sebab abah pantang kalau amik barang dia tak simpan kat tempat dia balik. hee. 
tapi aku ni kan anak manja, takde la kena marah teruk teruk. takat tegur tu ade la. 

dan sekarang ni aku ada kat umah mak abah. sempena cuti Hari Malaysia. hehe. 
sekarang ni pantang ada cuti panjang sikit, pasti cabut balik. 
lagipun tak baik kita buat mak kita rindu sangat sangat kat kita kan. 
telefon pun kadang kadang tak terubat rindu tu. so kena balik jugak. :)

malam tadi sempat la 'peghosek' rak buku arwah abah. 
banyak barang! sungguh banyak! lengkap. nak cari apa pun senang. 
sebab abah ni detail orang nya. semua dicatitnya. boleh kata semua. 
sempat la tengok album album lama. 
dan jumpa la gambar raya 4 tahun lepas. 
gambar anak bongsu dengan mak abah. :)


banyak jugak gambar gambar lama yang aku pun tak penah tengok lagi. 
gambar aku kecik kecik dulu lagi banyak. 
dan dari gambar gambar tu tergambar memang aku ni anak manja. 
ahh! malu betul.
 tapi sekarang tak malu pun nak mengaku anak manja. hehehe. :) 

belek belek lagi. kali ni aku terkedu.
 rasa nak tertumpah air mata ni. abah ada koleksi gambar anak anak dia. 
contohnya aku. dari aku kecik. tadika. sekolah rendah. sekolah menengah. politeknik. semua ada! 
semua habaq hang! :(
 mungkin abah selalu tengok gambar gambar ni sebab album ni ada kat rak buku utama abah. :( 
sayang nya seorang abah kepada anak anaknya. 


gambar ni pun ada. masa ni aku ketua pengawas kat sekolah menengah. 
ekekeke. malu. :'( HAHA. 
masa ni bebajet baca doa permulaan majlis sambutan hari guru. tak silap aku 2005. 
7 tahun yang lalu. 7 tahun oi! 
rasa sekejap je masa berlalu. 
kalau boleh rewind balik masa, memang aku mintak time aku kecik kecik dulu. :) 

okelah. sampai disini saja ha coretan kali ni. malam ni dah nak balik Melaka. 
semoga ada lagi cuti di hari mendatang. boleh balik lagi. :) 
As-Salam. 




No comments:

Post a Comment