Friday, January 7, 2011

mat a.k.a solehsunar .

suasana tenang tatkala pelajar2 tingkatan 3a1 sedang tekun memberi sepenuh perhatian terhadap PnP pada hari itu . tiba-tiba pengumuman dari pembesar suara sekolah memecah kesunyian .

" ting tong . minta perhatian . kepada pemain2 bola sepak sekolah bawah 15-tahun . anda diminta berkumpul di dewan terbuka dengan kadar segera . terima kasih . "

serta merta kedengaran di dalam kelas bunyi kerusi di tolak . kelihatan mat , zahid , dan azwan tegak berdiri . lantas meminta izin dari cikgu yang sedang mengajar untuk keluar .

setibanya di dewan sekolah kelihatan beberapa pemain sudah menunggu begitu juga coach yang kelihatan sedikit resah . entah mengapa .

coach : semua dah ada ?
mat : dah coach .
coach : ok2 . sepatutnya hari ni xde perlawanan . tapi saya dapat call tadi dorg cakap ade game pkul 11 pagi nanti .
mat : tp skrg ni dah pkul 10 coach .
coach : itulah . terpaksa . kamu semua pergi balik rumah masing2 skrg ambil pakaian dan kasut . kumpul disini semula pukul 10 suku .
pemain2 : hurmm..ok .

semua sudah berkejar2 . termasuk mat . mengayuh basikal dengan tekun . maklum la lesen moto xde lagi . sesampainya mat dirumah .

abah : awai hg balik mat .
mat : ada pendidikan jasmani abah . lupa nk bawak baju ngan kasut . cikgu suh balik ambik .
abah : oo..hati2 bawak beskal 2 . keta laju2 .
mat : ok..assalamualaikum mak abah .

berbekalkan kelengkapan bermain ditambah kasut bola jenama TOPPER pemberian dari abang ngah beliau . mat mengayuh basikal semula ke sekolah beliau yang terletak 1.5km dari rumah beliau .

sampai di sekolah . sudah ramai sedang menunggu begitu juga dengan guru2 yang membawa kereta masing2 untuk membawa pemain2 . mat ada mendengar khabar yg perlawanan berlangsung di SMK Dato Kamarudin Batu Kurau . bermain di fikiran mat tentang jalan menuju ke sekolah tersebut .

parah2 . jalan bengkak bengkok di tambah pula dengan pemanduan cikgu2 tersebut mengalahkan pemandu rally . yela kan . mengejar masa . ada pemain yg sudah muntah2 dan pening kepala .

sampai di sekolah tesebut . kelihatan hanya ada satu pasukan di dalam padang . mungkin menunggu lawan mereka masuk ke padang fikir mat . rupa-rupanya pasukan dari sekolah mat yang mereka tunggu2 . kelam kabut dibuatnya . tanpa sedikit aktiviti regangan badan ditambah pula dengan kepala yang masih pening2 mereka pun masuk ke padang .

hasilnya . pasukan mat dibelasah 14-0 .

mat tak akan lupakan saat dan ketika itu . pasukan mat pulang dengan perasaan yang sedih sekali .

tammat .

**
1. kenapa mat tidak beritahu abahnya yang beliau ada perlawanan pada hari tesebut ?
sebab . emak dan abah mat tidak tahu yang mat bermain bola sepak untuk sekolahnya kerana mereka tidak benarkan . sebab nk PMR . terpaksa tipu sunat . dah mintak maaf dah..:)

2. siapa mat ?
mat a.k.a solehsunar . keh3 .

alkisah si budak nakal bernama solehsunar . wuwuwu .
bersama beliau dunia bola sepak juga sepak takraw .
hinggakan bermain bola sepak under 15 juga under 18 tanpa pengetahuan mak dan abah . ish3 . sepak takraw ? under 18 jugak . tekong lagi . huk3 .
kenangan membuatkan aku tersenyum sendiri .


mat yang baring kat depan sebelah kanan . hehe


mat juga baring di depan sebelah kanan segak berkasut bola. hihi . :)


*** al-fatihah kepada saudara azwan juga saudara amar yang lebih dahulu pergi mengahadap ALLAH SWT . moga kalian tenang di sana . amin .

2 comments:

Anonymous said...

omaigod. ta tau pulak angpa kena belasah 14-0.haha.

solehsunar said...

keputusan tu terletak di bawah akta rahsia2 negara..haha

Post a Comment