Wednesday, December 8, 2010

fikir


macam biasa.bila dah bosan-bosan macam ni selalu.

macam-macam benda la yang akan masuk menusuk-nusuk dalam kepala otak ni.
dengar macam banyak benda kan ?
yea. memang banyak benda yang perlu difikirkan. kadang-kadang sampai tak terkawal.
belum habis pikir satu, lagi satu datang menjengah.
seolah-olah antara mereka ni ada kaitan yang perlu dihubungkaitkan.
ntah. sendiri pun tak paham.
kadang-kadang terpikir apa yang diri nak sebenarnya.
letih. tapi apa boleh buat.
selagi ada otak untuk berfikir selagi itu la kita tak boleh berhenti berfikir.
walaupun perkara tu remeh sangat-sangat. tetap kena fikir jugak.
fikir fikir dan terus berfikir. hurm.
biarpun perkara itu amat seronok untuk difikirkan atau perkara itu akan membuatkan hati membungkam kalau difikirkan.
sekarang ni.
tolong ajar saya macam mana nak berfikir agar saya boleh dapat sesuatu yang
semua orang panggil dia 'fokus'.
macam mana? saya amat perlukan ia disaat ini.
saya perlu fokus pada matlamat yang saya sendiri belum pasti
dan tak nak lagi berada dalam keadaan sekarang
yang saya rasa berada di awang-awangan dan hanya mengikut tiupan angin.
apa yang aku nak dalam hidup? nak berjaya? nak bahagia? nak kesenangan?
bila direnung-renung,diri ni dah dapat jejak apa yang tiap-tiap ibu bapa mahukan
pada tiap-tiap anak mereka iaitu menara gading.
tak semua dapat peluang sebegini kan? syukur pada-MU.
tapi kosong.hanya jasad yang belajar,hanya otak yang berfikir,hanya tangan menulis.
persoalan ? solehsunar kemana ? entah. jawapan yang mudah.
orang cakap kalau terlalu banyak berfikir nanti cepat gila lepas tu kepala cepat botak.
yeke? entah la betul ke tak.
tengok, betul la kot.tadi sikit punya banyak benda nak tulis.
sekarang? dah lupa.bagus!
fokus. mana nak dapat weh. hishh.susah betul kan.
macam mana pun, kena cari jugak menjelang semester baru yang dah kian hampir ni.
chaiyok! haha.
setakat ni.misi terbesar yang memerlukan 'fokus' yang masih lagi dicari dan digali adalah.

1. habiskan study
2. kerja
3. kahwin.

oke? ngeh2. insyaAllah tak akan hampakan harapan mak dan abah dan adik beradik yang lain.
nak buktikan adik bongsu ni pun boleh berjaya sama dengan akak2 dan abang2 walaupun
adik ni merangkak-merangkak sikit. :).
doakan adik yea. adik perlukan sokongan,dorongan dan juga doa dari kalian.

jodoh? yang ini letak tepi sat la. kalau ada jodoh tu takkan kemana kan. belum masa lagi
nak serius-serius. biar macam ni je.tunggu sampai aku da mampu nak beri nafkah zahir
dan batin baru nak cerita pasal ni.wakaka..batin? oppss. ngok! haha.

mudah-mudahan diberikan kemudahan dan kesenangan untuk menghadapi semua ni. aku memohon pada-Mu YA ALLAH . berkatilah dan rahmatilah kehidupan kedua orang tuaku dan saudara kandungku juga rakan-rakan taulanku.
AMIN .

2 comments:

greenduck said...

amin :)
truskan usaha anda bro :)\
gua as ur friend sentiasa suport l dr belakang smbil pukul2 sepak2 lu ok?
Wakaka :p

solehsunar said...

lu main kasar der..haha..gua sepak2 lu balik..:D

Post a Comment