Thursday, December 9, 2010

cekeding


baru je sebentar tadi.

mak : soleh ! abiskan lauk-lauk yang ada kat dapur tu.

soleh : ala mak. banyak sangat ni ha.

mak : abiskan jela. mak dengan abah dah makan.

soleh : (fikir sekejap) ermm. yela mak. tapi kejap lagi la. tengah-tengah malam sikit nak second round.

mak : aih. ade pulak second round ? badan cekeding makan banyak.

soleh : (tersenyum) *saka aku yang senyum sebenarnya.


itulah perbualan ringkas aku dengan mak aku tadi. masa tu aku tengah melantak dengan lahapnya sambil perut aku kembang kempis. haha. bayangkan taw ! sambil mata bulat memandang tajam pada lauk-lauk yang ada. ngeh2. dah-dah. merepek je tawu. mintak simpang siur la dengan benda-benda macam tu.

berat aku 53kg. tinggi aku dh cecah 166cm lebih dah ni. kalau di kira-kira memang belum cukup ideal. ngeh2. cekeding-cekeding. tulang temulang je yang kelihatan. tapi xpe la jugak kan. sekurang-kurangnya main futsal aku leh lari laju gila-gila dari orang lain. hehe..advantage tu. sape cakap orang kurus tak best ? best ape ? aku best je. haha.

macam mana la aku nak besarkan sikit badan ni. hurm ? tido lambat ? dah ! melantak kaw2 ? dah ! tahan berak selama seminggu ? dah ! haha.

ntah la. tgu la nanti pandai-pandai la berat ni nak naik sendiri. hehe. kat sini ada sikit tips macammana nak naikkan berat badan.

1. Workout.

Kenapa perlu workout? jika seseorang hendak menguruskan badan beliau kena sentiasa bersenam dan berjogging untuk mengurangkan lemak – lemak yang terdapat pada badan diorang bukan? begitu juga dalam menaikkan berat badan. Workout penting dalam membentuk otot–otot yang terdapat pada badan kita. Bagi mereka yang terlampau kurus, ini sangat penting dalam membentuk otot mereka. Workout neh tidak semestinya dilakukan di gym semata – mata. Anda boleh juga lakukan semasa anda berada dirumah atau berjogging diluar.main futsal pun oke bha.

Contoh workout yang boleh dilakukan tanpa perlu mengangkat berat atau besi. jangan p makan besi dah la..haha..jangan ikut sangat pepatah tulang besi urat dawai tu..hehe.


2. makan makanan berprotein

Setelah anda melakukan workout, anda perlu kerap makan makanan berprotein untuk recover otot–otot yang anda bina itu. Semasa dalam proses menaikan berat badan,kerap makan makanan seperti daging, telur separuh masak dan ayam. Kalau hendak lagi cepat menaikan berat badan,disyorkan anda minum susu protein. Elakkan makan makanan berminyak dan berlemak kerana ia tidak membantu dalam menaikan berat badan secara sihat.

Sebenarnya,ramai mereka yang kurus neh menaikkan berat badan mereka secara yang salah. Ada yang banyak makan makanan yang berlemak semata – mata mahu menambah berat badan dan ada juga yang suka minum susu protein tanpa workout kerana ingin menaikan berat badan mereka. Itu cara yang salah, mengambil banyak makanan berlemak dan meminum susu protein tanpa melakukan workout bukan saja menyebabkan masalah kesihatan, ia juga tidak memberi kesan langsung.

Jadi jika anda hendak menaikkan berat badan anda secara sihat, anda hanya perlu berdisplin melakukan dua tips yang aku berikan itu. Ia bukan saja berjaya menaikan berat badan anda secara sihat, badan anda juga akan berubah menjadi lebih menarik dan mantap. Bagi lelaki, badan mereka akan kelihatan seperti Brad pit dan manakala perempuan pula akan kelihatan seperti Angelina Jolie, lagipun, badan yang terlampau kurus neh sebenar tidak menarik. haha .

yeap ! ingat. insan yang cemerlang datang dari...lupa lak ? renung-renungkan dan selamat beramal.

2 comments:

greenduck said...

tinggi aku dh cecah 166cm lebih dah ni.

ko yg mne stu ni tggi ko? byk sgt. haha

dila said...

hihihihi..ciannyer...xpe2...kalau kita berusaha mkn yg sihat2...mesti bdn jadi sihat...so selamat beramal...heheheh..(^_^)

Post a Comment