Wednesday, October 30, 2013

Memori 13


Assalamualaikum.

Memori kali ni berkisar tentang Surah As Sajdah. kebetulan Al-Quran pemberian arwah abah yang aku baca tiap kali lepas maghrib tu baru je melepasi Surah ni. 

bila sampai Surah ni, perasaan tu jadi sebak sebab rindu tu masih menebal pada abah. kebiasaannya setiap kali waktu subuh, abah akan berjemaah di surau atau pun masjid. mak selalu ikut sama bonceng naik motor. tapi lain pula setiap subuh di pagi jumaat. abah dah biasakan baca Surah As Sajdah dalam solat. berjemaah di rumah dengan mak. memang bertiga kami dirumah. sebab tu aku tak keluar sekolah kat tempat lain. sebab nak temankan mak abah kat rumah.  memang lama la kan sebab surah pun panjang. tapi bila dah tiap tiap minggu macam tu, aku pun dah terbiasa. tapi bangun pagi memang pasti la mak abah yang kejutkan. mak abah je yang sanggup kejutkan aku tiap tiap pagi. kalau abah kejut sekali kejut dah terduduk. kalau mak tu dua tiga kali jugak la. Hmmm rindunya kan. 

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment