Tuesday, July 16, 2013

Memori 9

imbau 7 Ramadhan tahun lepas. masih di Kelantan. hari Khamis. masih segar dalam ingatan aku. abah yang selalunya hanya berbaring, minta didudukkan di atas katil. mak pun ada masa tu. abah tengok sekeliling. sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut abah. mak duduk sebelah abah. mak urut urut belakang abah. mak suapkan abah air. abah tengok aku. aku cakap "abah, adik ni. tu mak kat sebelah abah". abah senyum. dah berminggu kat HUSM ni, itulah senyuman pertama dari bibir abah. selesai minum air. abah minta untuk berbaring. mak bisik pada abah bagitau yang kami nak turun ke bazar ramadhan nak beli makanan untuk berbuka sebentar. abah berehat. sepanjang perjalanan mengatur langkah ke bazar ramadhan sampai balik ke bilik hotel, mak asyik ulang yang mak gembira sangat, puas hati sangat dapat tengok abah senyum kat mak. aku faham perasaan mak. dan hari genap setahun mengikut bulan islam. aku masih terbayang senyuman abah itu. sungguh, aku rindu.

No comments:

Post a Comment