Monday, July 8, 2013

Memori 7 07/07/2012 1001 Kenangan

Khamis 5hb Julai 2012. aku masih kat Melaka masa tu. tak silap aku masa tu masih di Hostel Makmur. mak call aku petang tu. bertanyakan khabar dan tanya sama ada aku boleh balik tak weekend ni sebab ank hantar abah ke HUKM Kubang Kerian. mak cakap abg ngah tak dapat ikut, tapi abg cik ada, so aku kena jadi second driver. aku fikir, takda masalah pun kalau aku balik walaupun cuti 2 hari saja. kebetulan jumaat aku dah takda kelas. jadi aku ambil tiket pagi jumaat dan gerak ke Perak. sampai petang jumaat tu. khabarnya bertolak sabtu pagi. jadi sempat la aku rehat kejap. aku sampai di rumah, kondisi abah semakin teruk. abah tak mampu berdiri betul, kena pimpin. bila tanya, abah cakap abah nampak jalan kat depan macam beralun. pening mungkin. aku bantu sedaya mungkin. malamnya macam biasa aku tido kat luar, mak teman abah dalam bilik. dalam pada lena, aku tersedar dua tiga kali. sebab abah berdiri di muka pintu bilik sebab nak ke tandas. begitulah rutin sampai ke pagi. pagi menjelang, aku, mak, kak ngah dan abg cik dah bersiap. abah macam biasa masih tak tahu kemana dan apa tujuan kami bersiap. sebetulnya memang tidak boleh tergesa gesa, abah tak suka. kena pujuk, bagitau perkara betul, baru abah berlembut hati. aku faham, dalam keadaan macam tu, fikiran abah tak menentu. tak dapat berfikir dengan baik. kami bertolak. abg cik yang memandu. separuh jalan sampai di Grik, aku ganti menjadi pemandu. sampai di Kelantan, aku tukar semula dengan abg cik sebab tak biasa dengan jalan di sana. arah tuju kami ke rumah abg mie. abg ipar kepada abg cik. abah macam biasa, blur. dan terus blur. cuma bila bersuara, abah ramah seperti tiada apa yang berlaku. borak seperti biasa. kami berehat, tenangkan diri. esok adalah hari yang amat mustahak. sebelah malam di rumah abg mie, abah mcm biasa. perasaan abah tak menentu, kejap berlembut, kejap marah. kami yang dah biasa dengan keadaan macam ni, melayan semua kehendak abah. pagi menjelang. masing2 memikirkan ayat untuk memujuk abah supaya ke HUKM. bukan senang nak pujuk. sampaikan abah tuang ke lantai air teh yang kak ngah siapkan untuk sarapan. abah keliru, aku tahu. abah marah semua yang ada kat situ. semua orang beralih tempat. tinggal abah terpinga pinga memikirkan apa yang berlaku. aku nampak situasi itu, aku duduk sebelah abah. abah tengok aku. lama abah tengok. baru abah senyum, abah ambil masa nak kenal seseorang tu. abah tau aku ni Soleh anak bongsu dia. aku mulakan bicara. aku bicara tentang result exam aku yg baru ni. aku ckp aku lulus dan takda yang gagal. abah urut belakang aku. abah cakap Alhamdulillah. belajar rajin2. jangan tinggal solat. jaga mak. abah tanya lagi mak dah tau ke pasal ni. aku cakap dah. adik dah bagitau. sekali lagi abah tanya, adik belajaq kat mana. aku senyum. aku cerita semuanya. aku senang. aku tak marah abah. walaupun logiknya abah tau. tapi aku tau yang abah lupa. :') 
aku borak lagi. aku cakap abah sakit. adik nak bawak abah pegi berubat. adik nak abah sihat. abah cakap buat la macam mana pun, hangpa anak anak abah hangpa tau mana yang terbaik untuk abah. aku dah dapat signal dari abah. aku pimpin abah masuk kereta. kami menuju ke Hospital. Alhamdulillah segalanya lancar. abah dimasukkan kedalam wad. sementara menunggu turn untuk menjalani kemoterapi. bila tu tak pasti. mungkin tunggu keadaan abah sedikit sihat. petang menjelang. kami terpaksa beransur. tinggal la mak yang temankan abah di hospital. aku tau mak sedih di dalam, walaupun diukir senyuman di bibir. mana tidaknya, suasana baru, orang sekeliling yang baru, loghat yang kurang difahami. tapi mak kuat. mak ada abah sebagai penguat semangat. aku salam mak abah. cium. insyaAllah adik datang lagi. 

kini setahun berlalu. terasa hangat bicara dengan abah tu masih lagi ada. memori yang terpahat di hati. Al-Fatihah buat abah yang tercinta. Ramadhan kini kembali, yang pasti Ramadhan yang lalu menyimpan 1001 kenangan.

No comments:

Post a Comment