Friday, July 19, 2013

Memori 10 (10 Ramadhan)

aku dah bersiap kemas barang barang. tak banyak pun yang aku bawak dari Melaka. semua aku sumbat dalam beg hiking aku tu. hari ni tak payah renew sewa bilik sebab hari ni aku dah nak balik ke Melaka. baru petang semalam aku berjalan kaki dalam 1km pegi stesen bas Kubang Kerian, beli tiket bas ke Melaka. langkah yang aku bawak tu memang amat berat. bagaimana aku nak tinggalkan mak dengan keadaan abah yang dah tak menentu tu. macam macam bermain dalam kepala aku. siap berkemas. aku melangkah ke hospital. aku cadang nak luangkan masa sampai ke petang di hospital sebelum bertolak pulang ke Melaka senja nanti. sampai di hospital, macam biasa aku ambil alih tugas mak sementara mak pegi buat kerja yang tertangguh. sebab tak boleh tinggalkan abah sendirian. nafas abah makin kuat. sejak 2 hari lepas. hinggakan doktor datang buat x-ray jam 3 pagi bila aku mengadu yang nafas abah macam tak selesa. hari ni kata doktor dah boleh dapat keputusan. aku menanti. doktor india perempuan datang melihat keadaan abah. katanya ada jangkitan pada paru paru abah. mungkin di sebabkan tiub makanan yang di salurkan ke dalam mulut abah tu. mak sebak. aku pun sama. doktor kata mungkin akan bawak abah ke icu. tapi perlukan persetujuan pakar. dia cakap kena tunggu dulu. masa berlalu. jam menunjukkan jam 5 petang. aku solat asar sambil teresak esak menangis. aku redha apa yang akan terjadi jika itu ketentuanNya. mak banyak kali bertanya pada aku samada betul aku nak balik petang ni. sedangkan aku dah beli tiket. aku serba salah, mak mintak tangguh lagi sehari dua. aku akurkan saja. aku kesiankan mak. jam 6 petang, doktor tadi datang semula, katanya kondisi abah makin tak stabil, kalau di bawak ke icu mungkin akan rumitkan keadaan abah. satu ungkapan dari doktor tu yang aku ingat sampai sekarang. "dah boleh panggil semua adik beradik datang" aku pandang mak. mak tekupkan muka. menangis. aku pujuk mak. kuatkan semangat mak. tak mengambil masa yang panjang, aku call along, kakngah, abg cik, kakyang. kebetulan dan mungkin ditakdirkan memang kakngah dah bertolak ke Kelantan pada masa tu. mungkin kakngah dapat rasakan dari awal. aku kira, 5jam perjalanan baru dorg boleh sampai. mungkin jam 11 nanti dorg sampai. mak ayah kaklong yang di Kelantan dah sampai. menemani mak. bacakan yasin silih berganti. aku di sisi abah. jari abah membengkak. aku pegang, tiada lagi genggaman balas dari abah seperti selalu. jam 11.30 aku dapat panggilan, kakngah dan along dah sampai di perkarangan hospital. aku jemput dorg naik. masing masing bacakan yasin. semua dalam keadaan sugul, sedih, diam membisu. menantu abah yang sulung, abg ngah bacakan yasin sambil mak membisikkan kalimah Allah di telinga abah. silih berganti dengan kami. macam macam mesin di tepi abah. semuanya untuk cek kondisi abah. tekanan darah semakin menurun. selesai abg ngah bacakan yasin, aku ganti. separuh bacaan, tekanan darah semakin menurun. aku berhenti dari bacaan setelah melihat degupan jantung abah tehenti sekejap. kemudian ada sedikit. cemas. kemudian terhenti. dan itulah pengakhirannya. Innalillahiwainnailaihirojiun. jam 12.10am 10 Ramadhan 30 Julai 2012, abah kembali mengadap Yang Maha Esa. Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar. dari pemindahan abah ke bilik jenazah, dimandikan, disolatkan, pengurusan kereta jenazah, segalanya selesai jam 3 pagi. bersedia bertolak ke Perak. aku fikir ini rezeki abah, segalanya dipermudahkan sedangkan waktu tersebut jam 3 pagi. kalau diikutkan memang sukar nak siapkan semua ni. Alhamdulillah. aku dah kemaskan barang aku siang tadi, rupanya aku tak pulang ke Melaka sendirian, tapi aku pulang ke Perak bersama jenazah arwah abah. pkul 3 kami bertolak. aku drive kereta along walaupun mata aku pedih tapi tiada istilah mengantuk pada masa tu. along dan mak naik kereta jenazah. 6 jam perjalanan terus cuma berhenti sahur dan solat subuh. kami sampai di Parit Gabis Bagan Serai jam 9 pagi. hajat mak untuk kebumikan abah di Masjid Tinggi Bagan Serai. disana pihak besan iaitu mak ayah abg ngah dah siapkan segala keperluan termasuk urusan pengbumian. jam 11 pagi abah di bawa ke Masjid Tinggi, disolatkan sekali lagi. Alhamdulillah rezeki abah makmum memang ramai, termasuk pelajar tahfiz dari sekolah tahfiz bersebelahan masjid. juga ramai kenalan abah yang datang. Alhamdulillah, semua urusan selesai dengan lancar. kini 10 Ramadhan kembali. cukup setahun pemergian abah. semoga abah ditempatkan di kalangan para solehin. Amin Ya Rabbal Alamin. Al-Fatihah :'(

No comments:

Post a Comment