Friday, June 14, 2013

Mimpi Abah.

semalam aku tido lepas subuh sebenarnya. entah apa yang aku buat. dan macam biasa, aku tertido tanpa membaca apa apa surah mahupun mengucap. SubhanAllah. mungkin dah terlalu mengantuk. tapi semalam tanpa disangka aku dapat mimpi abah. aku tak dapat melihat abah, cuma dengar akan suaranya. aku rasa macam hari tu aku dalam perhimpunan untuk solat jumaat di masjid kampung halaman. aku di saf belakang, dengan tak semena mena aku mendengar suara imam memulakan bacaan Fatihah. aku dengar dan aku amati. ya memang itu suara abah. abah menjadi imam pada hari tu. selesai Fatihah, bila masuk ke surah, suara abah teresak esak. menangis. tapi masih dapat dikawal. lalu abah meneruskan hingga selesai rakaat kedua. aku tertanya tanya kenapa abah menangis. ada bisik bisik mengatakan abah sedih atas pemergian Ustaz Hamzah. itu di dalam mimpi. di realitinya abah yang pergi dulu dari Ustaz Hamzah yang kurang sihat sekarang ni. aku fikir dan fikir. aku rasa semua tu punca dari aku. aku dah buat dosa? aku yang bersalah? abah sedih sebabkan aku? Ya Allah ampunilah aku ini Ya Allah. aku insan yang lemah Ya Allah. damaikanlah roh abah disana. adik rindu abah. Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment