Thursday, June 20, 2013

Memori 5

menghitung hari. lagi 18 hari sebelum tiba bulan Ramadhan. bulan yang bagi aku penuh dengan memori. penuh dengan cerita. dan semua cerita tu tersimpan dalam kepala aku. bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. arwah abah pergi mengadap Illahi juga dalam bulan Ramadhan. 10 Ramadhan terpahat selamanya dalam hati aku ni. Allah pinjamkan abah pada aku selama 24 Tahun. rezeki aku cuma selama itu. banyak memori semasa berpuasa selama 24 kali = 24 tahun itu. dan dah tertulis Ramadhan yang ke 24 itu sebagai ujian terhadap aku dan keluarga.

cerita pasal memori bulan puasa ni memang buatkan aku senyum sorang sorang. yela masa tu kecik lagi. mula mula start puasa pun separuh hari. sampai la dapat puasa penuh satu hari. aku ingat lagi masa tu masih sekolah rendah aku rasa. aku macam biasa ikut abah pegi solat terawih kat masjid. abah selesa di masjid. selang tiga empat hari baru abah pegi surau. itu kebiasaan abah. aku faham. macam biasa bila mula solat terawih, abah saf depan aku saf belakang. tiap kali bangun untuk solat, abah akan pandang belakang nak tengok aku ada ke tak. contoh bila dah habis dua rakaat, nak bangun untuk takbir yang baru abah akan tengok belakang. Hehe. takut aku bercampur dengan bebudak kat luar yang seronok main aci sorok. best kan? 

tapi macam biasa. bila sampai 8 rakaat. muka aku mula sememeh. kejap kejap tengok abah. konon aku ni mengantuk la. yela pagi sekolah, petang sekolah agama lagi. penat kan? Hehe. abah kesian kat aku, aku tau. abah bagi isyarat suruh pegi tido kat belakang. nanti nak masuk solat witir abah kejutkan. aku pun laju je pegi belakang ambik port. tapi aku ni nakal. bila orang start solat, aku join bebudak main aci sorok. bila orang dah duduk tahiyat akhir, aku lari pegi tido kat tempat tadi. bila abah keluar, tengok aku ada. abah masuk sambung solat. Ya Allah. jahatnya aku.  :'( kadang kadang je aku join, sebab kekadang aku memang tido betul. 

bila dah habis terawih, nak masuk witir, abah datang kejut. aku bangun amik wuduk masuk saf untuk solat sunat witir. mesti orang lain duk tengok kan kami anak beranak ni. kesian abah. begitulah rutin dan kebiasaan yang berlaku bila aku ikut abah pegi solat terawih. nanti aku cerita lagi na. Al-Fatihah buat abah tercinta. moga dikau tenang dan berbahagia disamping Yang Maha Esa.

3 comments:

Post a Comment