Saturday, June 15, 2013

Terkadang Kita Lupa.

kadang kadang kita lupa siapa diri kita. 
kadang kadang kita lupa di mana kita.
kadang kadang kita lupa ke mana kita. 

kerana apa.

kadang kadang kita lupa siapa diri kita kita kerana kita leka. kita asyik. kita khayal. kita selesa. kita tidak sedar kita cuma pinjaman. tiada satu pun hak milik kekal kita. semuanya pinjaman. bahkan dari satu nafas kita yang disedut, itu pun pinjaman. masih lupakah kita siapa diri kita?

kadang kadang kita lupa di mana kita kerana kita berasakan hidup ini tiada penghujung. kita leka di dunia. dibaluti kemewahan keselesaan membuatkan kita hanyut. kita tidak sedar dunia tempat di mana kita berada sekarang ini juga sementara. Allah hanya menguji sejauh mana kita mampu gunakan dunia untuk kesenangan atau kecelakaan di akhirat kelak. masih lupakah kita di mana kita?

kadang kadang kita lupa ke mana kita kerana kita terlalu sayangkan dunia yang sementara ini. kita sayangkan harta benda. buatkan kita tidak bersedia untuk menghadapi dunia lain yang kekal abadi. bersediakah kita? masih lupakah kita kemana kita akan pergi? 

diri sendiri yang berdiri di atas kaki ini juga kadang terseliuh dalam mengharungi liku liku ujian dunia. Ya Allah. kuatkan hati kami. teguhkan iman kami. tabahkan jiwa kami. tenangkan fikiran kami. Amin Ya Rabbal Alamin.