Saturday, August 4, 2012

Abahku Pahlawanku..


Abahku Pahlawanku..

Budi dan jasamuAmat bernilai buatku
Seorang anak yang dibesarkan dengan limpah kasihmu
Pada raut wajahmu dapat kuhidu
Tegasmu, kasihmu, sayangmu,
Dalam memanusiakan daku.

Abah, engkaulah

Gunungan emas bagiku
Persis kilau cahayanya tidakkan ternilai
Dek wang sesen
Utuh jiwamu
Yang telah melorongi pengorbanan, perjuangan hakiki
Mengajar aku mengenal Pencipta,
Mengenal alif, ba, ta bersama deraian air mata
lantaran kemalasanku,
dikau mengajarku akan erti tiadanya jemu
dalam mencari ilmu.


Abah,
Walau dalam kesederhanaan
Meniti duri membesarkanku
Aku bersyukur
Kerana engkau adalah perwiraku
Walau apa takdirNya akan berlaku padamu
Secangkir kata dari anakmu

Terima kasih wahai Perwiraku..


12.15 a.m, Isnin 10 Ramadhan.. 30 Julai 2012..
abah menghembuskan nafas terakhir di HUSM Kubang Kerian.. 
Ya Allah, cucurilah rahmat dan kasih sayangMU pada abahku.. 
Kasihlah beliau sebagaimana kasihnya kami semua padanya.. 
Amin..

abah. 
adik bukan nak menyalahkan takdirNYA. tapi terasa terkilan dihati ni.
bila memikirkan hari hari yang mendatang tanpa abah disisi. 
adik grad nanti abah tak ada. 
adik kahwin nanti abah tak ada.
adik dah kerja nanti abah tak ada.
adik perlukan abah untuk semua saat tu. 
sumpah adik rindu abah sangat. :'(
adik tak mampu nak luah pada mak. pasti mak lebih menahan sedih dari adik. 
cuma mak kuat dan tak nak tunjuk kesedihan didepan anak anak nya. 

belum sempat adik membalas jasa jasa abah 
yang tak kan pernah habis terbalas sepanjang hidup adik.
tapi insyaAllah akan adik kirimkan doa yang berterusan untuk abah.
insyaAllah.

damai lah abah disana.
Allah lebih menyayangi abah.
insyaAllah kita jumpa disana.

Ya Allah Ya Tuhanku. Kau tempatkan abah aku di kalangan orang orang yang beriman.
Kau rahmatilah, sayangilah, berkatilah dan lindungilah abah aku. 
sampaikan salam sayang juga rindu aku pada abahku Ya Allah. 
Amin Ya Rabbal Alamin.





2 comments:

Post a Comment