Thursday, July 5, 2012

Nisfu Syaaban 2012


Assalamualaikum. 
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk 
menghirup nikmat Allah (udara) di pagi hari.
hari ni Nisfu Syaaban. hari kebesaran umat islam dimana 
buku amalan akan ditukar dengan yang baru. 
ini penjelasan yang lebih tepat. :)

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 
dalam bulan Syaaban tahun Hijrah
Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, 
amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan 
lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. 
Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. 
Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. 
Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban 
iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
boleh faham kan? :)

amalan pertama seseorang tu akan dikira 
apabila masuk waktu maghrib. 
kiranya maghrib malam tadi la kan. :)
jadi seharusnya kita kena la penuhkan waktu tu
 dengan amal ibadah kan?
berapa byk kan dah ni. -.-'

seperti apa yang aku dan keluarga amalkan. 
disunatkan baca surah Yassin 3 kali. erm. 
Alhamdulillah aku dapat buat walaupun kali ni 
terpaksa buat sorang sorang. 
bukan forever alone tapi dah memang 
duk sorang sorang kat Melaka ni. HEHE. 
tapi mak still pesan melalui SMS suruh baca Yassin. 
mudah mudahan apa yang aku hajatkan semalam Allah makbulkan. 
AMIN..

tapi agak tersentuh sebab selama ni memang kebiasaan 
akan buat bersama mak abah dan ahli keluarga yang lain. 
tapi kali ni sesorang lak kan. :) 
tambah pulak dengan keadaan abah sekarang ni. 
mesti sukar untuk abah buat semua ni macam selalu. 
Ya Allah. :'( . 

tapi bila mengenangkan pesan Ustaz aku tu, semangat tu datang balik. 
tak sepatutnya kita berhenti berdoa. 
kata Ustaz 
"Allah yang memberi penyakit dan Allah jugak yang memberi penawar" 
InsyaAllah. :')

semoga abah cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti dulu. 
Amin Ya Rabbal Alamin. 





2 comments:

zazazainuddin said...

Amin. mudah mudahan dimakbulkan olehNya :')

solehsunar said...

amin. :')

Post a Comment