Tuesday, May 24, 2011

akal mengatasi akal.



assalamualaikum.
hehe. bertemu lagi kita kan.
pi mai pi mai bila aku ada idea, kt sni je la aku merepek2 pun. :)
kali ni tak nak marah orang. tak reti nak marah orang pun.
kasik lempang je terus. hihi.
atas kesempatan hari yang hujan kat luar tu,
aku tak leh kuar maen futsal.
jadi ape salahnya kita berkongsi kongsi ape yang boleh dikongsi.
bak kata cite kongsi yang paling best tu ( tangan kat dada, mata keatas),
lu langsi lu mati. kui3.
seriously menyesal tahap gaban tengok cite tu.
tapi masalahnya dah tengok.
so? padan muka. :P

hari ni kita sentuh sikit bab akal.
akal ni manusia je yg ada. berbanding dengan otak.
otak manusia ada binatang pun ada.
kalau tak xde orang nak sebut
"ko ni otak udang la" . "ko ni otak lembu la". kan ?
jadi beza antara binatang dengan manusia adalah akal.
berbanding dengan otak sebab dua2 ada otak.
jadi jika manusia yang ada akal tapi
tidak mampu menggunakannya hingga tahap yang baik,
xde beza lah antara mereka ni dengan bina ? tang .
ha. kau sebut. aku tak sebut. :P
hehe..

minggu lepas ade satu hari aku berkesempatan g kuliah maghrib.
kuliah yang membincangkan pasal akal.
jadi ade la kisah zaman dahulu yang berkait dengan akal.
once upon a time .......

pada zaman dahulu. ada sorang manusia ni nama dia Dahri.
dia ni orang yang tak mau mengaku wujudnya Allah SWT.
malah dia sanggup p berdebat utk buktikan dia benar.
dia ni hanya terer guna akal utk buat pembuktian.
malah dah ramai para ulama' yang dah tewas ditangan Dahri ni.
sebab tak mampu nk melawan hujah akal yang dibawa oleh Dahri.
bila dia duk menang ja,
jadi pihak pemerintah ni pun ikut orang yang selalu menang iaitu Dahri.
Dahri dikelilingi oleh ramai pembesar2.

setelah abes semua ulama'2 ditewaskan Dahri,
dengan bongkak dia berkata dihadapan kumpulan manusia
"ada sapa2 lagi yang mampu nak lawan aku?". semua terdiam.
tapi ade suara yang menyatakan ada.
"siapa dia?" tanya Dahri.
"Imam Ahmad Hanbal" kata orang tersebut.

jadi Dahri menyuruh pembesar2 bawakan Imam Ahmad Hanbal
utk berdebat dengan dia.
sampai saja berita tu kat Imam Ahmad Hanbal,
dia rasa tak senang. malah diminta tangguh sampai hari esok.
Imam Ahmad Hanbal pun duduk la kat rumah memikirkan nasibnya.

tersebut kisah si Imam Ahmad Hanbal ni
beliau ada seorang anak murid. iaitu Abu Hanifah.
pada masa tu, Abu Hanifah masih kecil.
pagi tersebut, datang Abu Hanifah berjumpa tok gurunya.
tapi dia tengok tok gurunya muram ja.

Abu Hanifah : kenapa ni tok guru ? muram ja.
Imam Ahmad Hanbal : Dahri ajak aku berdebat semalam. tapi malam tadi aku ada bermimpi.
A.H : apa mimpinya tok guru ? izinkan saya guna kelebihan yg saya ada ni tuk tafsirkannya.
I.A.H : dlm mimpi tu. aku ternampak satu kampung yang sangat cantik. ditgh2nya ada satu pokok yg sgt rendang dan berbuah. tiba2 muncul seekor babi dari ujung kmpg dtg memakan buah2,daun2,dahan2, hingga tinggal batang pokok itu saja. tetapi muncul pula seekor harimau dari btg pokok itu lalu membunuh babi tersebut. apa maksudnya ?
A.H : mimpi itu sebenarnya baik utk kita. kampung yg cantik itu adalah Islam. pokok yang berbuah lebat itu adalah ulama'. babi itu adalah Dahri. batang yg tinggal adalah tok guru dan harimau itu adalah saya.

terkejut tok gurunya bila mendengar tafsiran Abu Hanifah.
lalu Abu Hanifah pn mengajak tok gurunya p berdebat dengan Dahri.
malah diminta izin tok gurunya juga untuk
beliau bercakap mewakili tok gurunya.

sampai dikawasan masjid.
kelihatan ramai dah orang2 berkumpul tuk melihat debat tersebut.
Abu Hanifah memegang selipar tok gurunya lalu masuk ke dalam masjid.
Imam Ahmad Hanbal duduk di kerusi
manakala Abu Hanifah duduk rendah di depan tok gurunya.
setelah semua dah ada,
Dahri tiba paling lewat dengan wajah yang bongkak.
lalu Dahri terus menaiki mimbar atau pentas.

Dahri : sapa hari ni yang menjawab soalan2 aku ?
A.H : tnya aje la. mesti ada yang akan menjawab.
Dahri : kamu ke yg bersuara wahai budak. kalau nk dibandingkan, jauh beza kamu dengan aku.
A.H : teruskan dengan soalan2 kamu wahai Dahri.
Dahri : baik jika kamu yang ingin menjawabnya. Adakah Allah itu wujud ? dimana Dia ?
A.H : ya ! Allah itu wujud ! tapi tidak bertempat.
Dahri : argh, mustahil suatu yg wujud tapi tidak bertempat.
A.H : jawapan soalan ni ada pada kamu Dahri.
Dahri : apa dia ?
A.H : kamu ada roh ?
Dahri : ada !
A.H : dimana ia ? dikaki ke ? kepala ke ? perut ke ?
Dahri : ntah la.
A.H : bawakan aku segelas susu. dimana lemak yang ada dalam susu ni Dahri ? atas ke, bawah ke, tengah ke ?
A.H : begitu juga Allah. Ia wujud da tidak bertempat.


terdiam Dahri.
hujah akalnya disangkal juga dengan hujah akal oleh Abu Hanifah.


Dahri : baik. 1-0. soalan kedua. apa yg ada sebelum Allah dan selepas Allah.
A.H : jawapannya juga ada pada kamu Dahri.
Dahri : apa dia ?
A.H : lihat jari pada tangan kamu. apa yg ada sebelum ibu jari dan selepas jari kelingking kamu?
Dahri : erm..tiada yang sebelum dan tiada yang selepas.
A.H : begitu juga dengan Allah. tiada yang awal dariNya dan selepas dariNya.


sekali lagi Dahri tercengang dengan jawapan yang datang dari akal Abu Hanifah .
kedudukan sekarang 2-0.


Dahri : baiklah. aku ada soalan terakhir. ape pekerjaan Allah sekarang. ?
A.H : Dahri, kita ni terbalik sebenarnya. kau yg bertanya brdiri diatas, aku yg menjawab brdiri dibawah. sepatutnya aku di atas engkau di bawah. kalau kau mahu aku menjawab soalan ini. kita kena tukar kedudukan.
Dahri : baiklah.


mereka pun bertukar kedudukan.
lantas Dahri mengulangi soalannya.


Dahri : apa pekerjaan Allah sekarang ?
A.H : pekerjaan Allah sekarang ialah menaikkan yang benar dan menjatuhkan yg batil. seperti aku yg naik ke atas ini dan engkau yang turun kebawah.

Dahri terasa ditampar laju2 oleh jawapan dari budak kecil bernama Abu Hanifah itu.
akhirnya Dahri mengalah setelah hujah akalnya berjaya dipatahkan
oleh Abu Hanifah juga dengan menggunakan hujah akal.

p/s : Abu Hanifah tu baru pakai hujah akal je dah dapat kalahkan Dahri.
belum pakai hujah dalil2 ayat2 Al-Quran juga hadis2.
lagi teruk la Dahri dikalahkan nanti.

sekian sahaja perkongsian kali ni .
hehe. ;D


p/s : kebesaran ILLAHI .
230511. 0745PM. depan umah saje ! ;D





No comments:

Post a Comment