Tuesday, October 19, 2010

kita yang bergelar anak .

dalam kenangan . khutbah jumaat pada 24.10.2008 di masjid sungai.seluang, Kulim Kedah .

Assalamualaikum wbt…..

hari ni aku soalt jumaat di masjid yang dah jadi kegemaran aku sejak praktikal kat kulim neh..masjid sg.seluang..

kalau dengar pada namanya,hanya nama sungai yang kedengaran..tapi kalau dah sampai, aku tengok memang masjid ni betul-betul di’imarahkan’ oleh orang-orang yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT..

khutbah hari ni disampaikan oleh seorang ustaz agak-agaknya disebabkn usianya yang muda kalau nak dibandingkan dengan imam-imam yang lain..sebelum terlupa, jumaat yang lepas ustaz ni ada buat pengumuman tentang tuntutan hutang bagi sesiapa yg mana emak beliau berhutang, sebab emak beliau telah kembali ke rahmatullah..aman emak dia di sana sebab dapat anak seorang ustaz ni..

berbalik pada khutbah jumaat ni,ia berkisar kepada hormat dan sayang kita pada ibu bapa..aku suka kalau ustaz ni smpaikan khutbah sebab bagi aku ini la cara yang betul untuk sampaikan khutbah, semangat, jelas, dan berkesan dalam hati ni..

dalam banyak-banyak amanat yang beliau sampaikan, aku tertarik pada satu bahagian ni..beliau menimbulkan persoalan kepada jemaah sama ada selama ni kita pernah tak mengucapkan terima kasih kepada ibu kita yang…

1. mengandungkan kita selama 9bulan 10hari.

2. bertarung dengan nyawanya disaat melahirkan kita..

3. berusaha menjaga kita siang malam..

4. makan makanan yagn ada, itupun setelah anak-anaknya selesai makan dengan kenyang..

5. mendidik dengan ilmu yang berguna kepada kita.

6. mendoakan kebahagiaan anak-anaknya sepanjang masa..

7. dan banyak lg sebab pengorbanannya memang tidak terkira..

berterima kasih kepada ayah kita yang selama ni..

1. berkerah keringat demi sesuap nasi utk anak-anaknya..

2. berusaha mendapatkan kehidupan yang selesa untuk anak-anaknya..

3. berdoa untuk kebahagiaan anak-anaknya..

4. dan banyak lagi kerana tak terkira pengorbanannya..

suasana yang sunyi akibat khusyuk mendengar khutbah tiba-tiba berubah, kedengaran suara-suara tangisan kecil dari orang yang mudah tersentuh hatinya…itulah betapa kuasa Allah dalam memberi kesan terhadap hambanya..aku sendiri pun beberapa kali menitiskan air mata…

selama ni kita begitu mudah mengucapkan terima kasih sesama manusia, kepada kawan yg membantu kita walaupun bantuan tu tak seberapa..tapi pernahkah kita mengucapkan terima kasih pada ibu dan ayah kita kerana jasa dan pengorbanan mereka jauh lebih besar..

ingatlah,kesenangan yang kita ada sekarang ni adalah hasil doa-doa ibu dan ayah kita yang telah dimakbulkan Allah SWT…bukan hak kita secara mutlak..jadi apa salahnya kalau nikmat yang kita ada dikongsikan bersama-sama ibu dan ayah kita..

walaupun ibu dan ayah kita dah kembali ke rahmatullah, banyak cara lagi untuk kita berbakti pada mereka..melalui sedekah amal jariah, sumbangan pada anak-anak yatim, derma wakaf, macam-macam lagi..x susah nak cari jalan ni, yang penting keinginan dalam diri kita..

lagi satu perkara yang menyentuh sanubari aku, ustaz ni cakap semua perkara yang tak sepatutnya kita buat, tapi kta buat, mak ayah kita akan dapat saham..Subahanallah..tak cukup kah kita menderitakan mereka semasa membesarkn kita, sekarang kita tambahkan lagi penderitaan tu bila kita besar..Allahuakbar…

jadi sama-sama lah kita renungkan kehidupan kita selama ini..sama-sama kita berkongsi iktibar bukan untuk orang lain, tapi untuk diri aku sendiri dan kita semua..jadi kesimpulannya..

aku nak gi lagi masjid ni InsyaAllah kalau dipanjangkan umur..sebab aku dapat nikmat sebenar hari jumaat penghulu kepada hari-hari yang lain…

wassalam..

p/s : hayatilah lirik lagu ni untuk kita yang bergelar anak . betapa besar nilainya kita ni . semuanya kerana ibu dan ayah dan juga rahmat dari Allah SWT .



to HJ SUNAR n HJH ZAHARAH . adik sayang mak abah . :)

Raihan - anak permata

Anak adalah anugerahnya
Anugerah amat bernilai
Namun adakah ia disayangi
Adakah kita mendidiknya

Anak adalah permata
Permata yang tiada tandingan
Kitalah yang menghargainya
Kitalah yang menyayanginya

Bila sudah hilang rasa
Kasih dan sayang
Anak yang tak berdosa
Dibuang tanpa belas kasihan

Entahkan hidup entahkan mati
Itulah nasib si anak kecil

Ingatlah kita bila tiba hari tua
Anaklah penyambung hidup kita
Anaklah harapan kita di sana
Hari di waktu kita tak berdaya

Tidakkah sedikit rasa bersalah
Tidakkah sedikit rasa berdosa
Namun hatinya sudah gelap
Hatinya sudah menjadi buta

Akhirnya anak menjadi korban
Naka adalah anugerahnya
Harta yang amat berharta
Namun bagimana ia disayangi
Okitalah yang mencorakkannya

1 comment:

ejea said...

terbaik!!!..mmg best,sayu rasa..hu3,rase terus nak blik kg...izan pun dah lma xupdate blog..xsmpat..hihi

Post a Comment