Dalam hidup banyak hajat ingin kita perolehi, antaranya jodoh yang baik.
 Caranya: 1) BERDOA minta pada Allah kerana segala-galanya adalah milikNya. 
Sebagai Tuhan yang Maha Pengasih, Penyayang lagi Bijaksana, Dia tunai 
permintaan sesuai apa terbaik untuk kita. 2) USAHA sebagai hamba dengan 
perbaiki diri, berkawan & berada dalam persekitaran baik. Gabungan 
jaga hubungan dengan Allah (habluminallah), kemudian jaga hubungan 
sesama manusia (habluminannas) insyaAllah akan dapat yang terbaik. 
Syaratnya minta pada Allah terlebih dahulu, kemudian baru usaha 
berurusan sesama manusia.
No comments:
Post a Comment